Pengikut

Wednesday, 27 June 2012

Hospital Appointment

Assalamualaikum & Salam sejahtera..


Been awhile tak update my entry. Kesibukan kerja seharian membuatkan sy lupa, hihi.. Ni pun curi² gak log in kat sini ☺


Terus je ngan story sy ok. Pada 19hb Jun lepas appointment sy ngan pihak hospital RIPAS, BSB untuk mengetahui bacaan CD4 ngan VL sy. Appointment ngan doktor seawal pukul 8.30 pagi. Yg tak bestnye sy kene drive sorang². Saya memulakan perjalanan dari rumah kira² jam 6.30 menuju hospital yang mana perjalanan ni mengambil masa selama 1½ jam. Tepat jam 8.00 pagi sy sampai ke destinasi (hospital), 30 minit tu biasa lah kena cari tempat letak kereta. Keadaan kat hospital pagi tu dah mcm shopping komplek, ramai sangat manusia beratur ada yg menunggu giliran untuk mengambil ubat, menunggu giliran mengambil darah dan sebagainya. 


Sy terus melangkah masuk ke klinik PHY menuju pintu bilik doktor, tp sy di minta menunggu seketika kerana pada waktu tu doktor sedang berjumpa ngan other patient. So, kena lah tunggu kat luar. Sy ingat kene tggu sekejap je tp lpas 1st patient keluar, 2nd patient pulak kene panggil masuk.. Dah 2nd patient tu keluar baru lah assistant doktor call out my name & terus je sy masuk kedalam. Dah lah sy menunggu sejam lebih kat luar. Masuk je bilik doktor and terus duk mcm biasa lah, doktor memang dah faham sangat ngan sy ni. Doktor tanya gak kat sy kalau² sy unwell, sy jawab biasa je tak de pape. Sy tanya lah ngan doktor how is my blood result from Singapore hari tu. Teruslah doktor tu bukak file kat depan dia.. Awal tu doktor ckp i look OK but the result mengecawakan. CD4 count sy below 200 which is 130 je and Viral Load kat dalam darah sy ada 15,860 ekor kesemuanya.. Terkejut gak sy. Tak terfikir dah banyak tu dorang tinggal kat darah sy ni, hihi.. Doktor memaklumkan yg sy kena mula amik ubat mlm tu gak. Apa²pon sy redha dengan ketentuan illahi. Sy hadapi semua ni dengan senyuman & penuh kesabaran. Tak baik sedih² tau, ingat lah setiap penyakit adalah kehendak Allah SWT dan dialah yang memberi penawar sakit itu. 
Here i attach pic ubat yang sy kene makan hari² sebelum masuk tido.


1. Truvada (Blue) 
2. Stocrin (Yellow)
3. Co-Trimoxazole (White)

Mula² takut nak telan ubat² ni tau coz doktor explain kat sy yang ubat ni bleh menyebabkan nausea etc. Memang betul lah cakap doktor tu tak tipu. Mlm pertama tu sy telan ketiga² ubat ni, subuh hari nak bgun for solat subuh punya lah sakit bisa rasa kepala sy ni tak larat nak bangun. Mungkin ni lah end of hidup bisik sy dalam hati. Hanya Allah SWT je yg tau betapa menderitanya sy pg tu. Pg tu sy tak leh nak gi keje doktor beri MC for 2 hari. Doktor cakap sy kene tahan gak and lawan ubat tu hinggalah kehari ni hari ke 9 syukur alhamdulillah rasa pening² tu mula fade. Bekalan ubat diberikan untuk 3 bulan yooo.. Syukur alhamdulillah sy masih dapat berpuasa. Ubat ni sy kene makan sebelum tido ☺ tak leh lupa atau disengajakan. 

Next appointment will be on 25hb September (on my mom's birthday). So sampai sini je lah ye, sy akan update lagi inshallah if ada masa.

Sampai jumpa lagi.










6 comments:

  1. saya sukakan 'bunyi positif' yang terdapat dalam perkongsian ini.
    jangan risaulah, cd4 count dan vl macam tu masih sgt2 ok. kira ini seperti nak pastikan kesihatan terjaga je.
    selamat makan ubat. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak², sy belajar positif drpd http://www.blogger.com/profile/15084486708751035423.. ☺

      Delete
  2. InsyaALLAH P.H,Y akan berambah baik dari segi counting of CD4 dan VL akan reduce. Good eating habit, good rest makan ubat accordingly, PHY will be better soon. Take Care. Salam Sahabat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan yang Mak Wardah berikan.

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu, siapa sebenarnya yg diceritakan diatas ye ?

    ReplyDelete
  5. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar HIV sudah ditemui.Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    ReplyDelete