Pengikut

Friday, 18 May 2012

Hidup Hanya Pinjaman

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Terlebih dahulu saya mohon maaf la ye sekiranya susunan ayat kurang difahami, maklumlah pertama kali menulis blog hihi.. Inshallah saya akan mencoba membuat yang terbaik untuk anda semua..

Adapun tujuan saya menulis blog ni bukan nak mintak simpati dari mana² pihak pon, cuma saya nak berkongsi "experience" hidup saya je. 


Ye lah kan setiap manusia yang ada di muka bumi Allah ni pasti pernah melakukan kesilapan dan dosa kan, betui tak? 
23hb April 2012 pagi Isnin ada tarikh yang tidak dapat saya lupakan. Hadiah paling bersejarah dalam hidup saya selama 30 tahun ni, dimana saya di sah kan +ve HIV setelah ujian darah di ambil pada 14hb April 2012. 

Mendengar pengesahan doktor mengatakan saya +ve HIV saya menjadi bengang, dengupan jantung bagai terhenti, pucat, lutut mengeletar dan badan lemah longlai. Perasaan takut, berdosa, menyesal, sedih bercampur baur pada masa sama. Saya menjadi hilang punca dan merasakan hidup saya singkat dan hanya menunggu mati sahaja pada masa keputusan dibacakan.  So saya terus call seorang kawan rapat saya selepas tu. Dia memang terkejut tetapi dah jangka risiko amat tinggi kepada golongan seperti kami.


Saya mula google mencari maklumat berkaitan HIV. Akhirnya saya terjumpa blog saudara AHP. Saya mula membaca maklumat dari mula hingga akhir. Saya mula mendapat kekuatan, keyakinan dan semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan seharian. Masih banyak benda yang saya belum lakukan dan belum sempat saya membalas jasa keluarga.

Ketika itulah teringat ngan amal ibadat yang tak pernah buat, sembahyang pun tak tahu, ambik air sembahyang lagilah tak tau. Bila saya difikirkan kembali, ini lah ujian yang Allah turunkan kepada saya, saya rasa Allah sayang saya. Saya bersyukur amat sangat kepada Allah kerana memberi ujian ini kepada saya.


Sebelum saya tahu saya +ve, kegiatan songsang saya semakin menjadi². Saya told my friend yang saya ada relation with 2 mens at the same time. My good friend tu advised sentiasa beringat², ingat akan padah nya. Tapi kerana nafsu menguasai diri saya lupa nasihat yang telah diberikan. Saya akui salah silap datangnya daripada diri saya sendiri.

Bila difikirkan semula, memang Allah nak selamatkan dan panjangkan umur saya. Allah sayang saya kerana tidak mematikan saya dalam kemaksiatan amin ya rab.


Sepekara lagi yang saya ingat bila saya semakin kerap enjoy buat sex sejenis setiap hari, tiba-tiba terlintas di kepala saya ingatkan Allah. Tiba-tiba teringin melakukan solat bila melihat beberapa orang keluar masuk ke masjid sedangkan saya pula duk melepak kat cafe ngan kengkawan.

Syukur alhamdulillah dipilih Allah melalui ujian ini. Dengan adanya HIV sekarang,  saya dah mula belajar dan menunaikan solat. Memohon dihapuskan dosa² yang telah lalu dan supaya saya dekat kepadanya. Sesunggunya Allah maha adil, mengetahui dan mengampuni dosa hamba²nya. Syukur alhamdulillah sekarang solat dah menjadi perkara yang saya jaga dan tak pernah tinggal walaupun godaan syaitan terus menerus mengganggu hidup ini.
Bacaan CD4 saya belum diketahui sehingga 19hb Jun ni, apa² pon saya berdoa mohon CD4 saya OK. Cuma sorang kawan saya dan doktor je tahu saya +ve. Sekarang, kes saya telah dirujuk ke hospital besar BSB. Saya menerima dugaan ini dengan hati yang tabah dan tenang. 

Buat Saudara AHP saya berterima kasih tidak terhingga kerana membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. 

Setiap hari saya akan membaca Blog Saudara AHP http://akuhivpositif.blogspot.com/. Semoga Saudara AHP sihat sentiasa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Saya akan terus sentiasa menyokong saudara AHP.















13 comments:

  1. Assalamualaikum
    Salam perkenalan
    Seperti saya di awal saya mengetahui diri ini PLHIV, saya juga mencari maklumat ttg HIV dan terjumpa blog AHP dan akan mengikuti blog ini selamanya, InsyaAllah.
    InsyaAllah, saudara akan lebih positif dan dapat menjalani kehidupan sebagai PLHIV
    ingat Perjuangan Belum Selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Salam perkenalan gak.

      Syukur Alhamdulillah, dengan adanya HIV ni saya kembali sujud padanya. Sebesar mana pun dosa sesungguhnya Alla SWT maha pengasih dan pengampun.

      Delete
  2. alhamdulillah jika blog tersebut ada impak positifnya kepada sahabat.
    sahabat juga nampaknya sgt kuat sebagai seorang yang baru didiagnos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbangga sekali dapat berkenalan ngan founder AHP dan gak the rest of the supporters.

      Keep in touch always.

      Semoga Allah mengampunkan dosa² kita yg dah lepas, amin ya rab

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    Saya mendapat link blog saudara daripada blog AHP.
    Tidak banyak yang ingin saya katakan, tapi sekadar ingin mengucapkan bahawa ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, dan janganlah kita menghukum seseorang itu kerana hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya (peringatan untuk diri saya sendiri).

    Saya doakan semoga Allah sentiasa melindungi saudara dan sentiasa mendapat limpahan rahmat-Nya.

    Cuma nak tanya, PLHIV tu ape maksudnye ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Uni
      PLHIV bermaksud People Living with HIV
      (Orang Yang Hidup Dengan HIV)
      sekiranya saya tidak silap

      Delete
    2. Amin Ya Rab..

      Begitu gak ngan Uni, semoga Allah melindungi dan sentiasa mendapat limpahan rahmatnya jua ☺

      Delete
  4. As-salam..
    saya pun datang dari blog AHP. semoga kuat menempuhi dugaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shahirahkhairudin,

      Salam perkenalan.

      AHP memang CONTOH, Idola untuk semua PLHIV

      Delete
  5. Saya Anonymous one merupakan salah seorang sukarelawan dan juga admin di AHP blog.. semoga sentiasa positif dan tabahlah menghadapi ujian ini.. sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas.

    ReplyDelete
  6. Salam. Semoga semua PLHIV tabah dgn dugaan Allah kerana hanya orang yang dikasihi Allah di uji. Doa saya P.H.Y jugak sudi bersahabat dgn saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mak Wardah,
      Salam perkenalan ☺

      Delete