Pengikut

Friday, 25 May 2012

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

"Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan"

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Thursday, 24 May 2012

Sebulan sudah berlalu..

Assalamualaikum & Salam Sejatera semuanya.


Pertama² kali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat illahi memberi peluang saya untuk masih lagi bernafas hingga ke hari ini setelah disahkan +ve HIV pada 23hb April lalu. 


Kelmarin suntikan kedua Hepatitis A&B telahpun dibuat yang mana suntikan pertama dibuat pada hari pertama saya didapati +ve. Lepas je suntikan pagi kelmarin, punya lah demam dibuat oleh vaccine tu. Malam memang tak leh tido lak tu.. Apa² pon semua tu doktor lakukan bagi pencegahan awal sebelum apa² terjadi. 


Tak banyak luahan nak diceritakan kan pada hari ni. Saja nak update blog takut² suram je nanti hihihi.. 


19hb lepas saya gi pemeriksaan XRay kat hospital. Harap² lah tak de menda yang tak di ingini dalam keputusan nanti.


Next appointment saya pada 19hb Jun (19 hari selepas hari kelahiran saya). Dimana pada hari tu lah saya akan mengetahui bacaan CD4 saya. Malas nak tension sangat, takot² jadi stress plak saya nanti. Apa² pon saya berdoa kepada Allah semuanya baik² saja amin ya rab.


Ni link yang my late friend post kat FB dia the day b4 he died in motocycle accident,. Bila dgr je lagu ni, mula lah air mata membasahi pipi. Al-Fatihah buatmu sahabat, semoga Allah menempatkan mu bersama² org yang beriman.





Saya dedicate to all PLHIV kat Malaysia & Brunei. 


Terima kasih banyak http://akuhivpositif.blogspot.com/ saya dapat banyak info dari blog ni. To En Rafie, terima kasih memberi kepercayaan saya untuk menulis blog ni ☺





Friday, 18 May 2012

Hidup Hanya Pinjaman

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Terlebih dahulu saya mohon maaf la ye sekiranya susunan ayat kurang difahami, maklumlah pertama kali menulis blog hihi.. Inshallah saya akan mencoba membuat yang terbaik untuk anda semua..

Adapun tujuan saya menulis blog ni bukan nak mintak simpati dari mana² pihak pon, cuma saya nak berkongsi "experience" hidup saya je. 


Ye lah kan setiap manusia yang ada di muka bumi Allah ni pasti pernah melakukan kesilapan dan dosa kan, betui tak? 
23hb April 2012 pagi Isnin ada tarikh yang tidak dapat saya lupakan. Hadiah paling bersejarah dalam hidup saya selama 30 tahun ni, dimana saya di sah kan +ve HIV setelah ujian darah di ambil pada 14hb April 2012. 

Mendengar pengesahan doktor mengatakan saya +ve HIV saya menjadi bengang, dengupan jantung bagai terhenti, pucat, lutut mengeletar dan badan lemah longlai. Perasaan takut, berdosa, menyesal, sedih bercampur baur pada masa sama. Saya menjadi hilang punca dan merasakan hidup saya singkat dan hanya menunggu mati sahaja pada masa keputusan dibacakan.  So saya terus call seorang kawan rapat saya selepas tu. Dia memang terkejut tetapi dah jangka risiko amat tinggi kepada golongan seperti kami.


Saya mula google mencari maklumat berkaitan HIV. Akhirnya saya terjumpa blog saudara AHP. Saya mula membaca maklumat dari mula hingga akhir. Saya mula mendapat kekuatan, keyakinan dan semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan seharian. Masih banyak benda yang saya belum lakukan dan belum sempat saya membalas jasa keluarga.

Ketika itulah teringat ngan amal ibadat yang tak pernah buat, sembahyang pun tak tahu, ambik air sembahyang lagilah tak tau. Bila saya difikirkan kembali, ini lah ujian yang Allah turunkan kepada saya, saya rasa Allah sayang saya. Saya bersyukur amat sangat kepada Allah kerana memberi ujian ini kepada saya.


Sebelum saya tahu saya +ve, kegiatan songsang saya semakin menjadi². Saya told my friend yang saya ada relation with 2 mens at the same time. My good friend tu advised sentiasa beringat², ingat akan padah nya. Tapi kerana nafsu menguasai diri saya lupa nasihat yang telah diberikan. Saya akui salah silap datangnya daripada diri saya sendiri.

Bila difikirkan semula, memang Allah nak selamatkan dan panjangkan umur saya. Allah sayang saya kerana tidak mematikan saya dalam kemaksiatan amin ya rab.


Sepekara lagi yang saya ingat bila saya semakin kerap enjoy buat sex sejenis setiap hari, tiba-tiba terlintas di kepala saya ingatkan Allah. Tiba-tiba teringin melakukan solat bila melihat beberapa orang keluar masuk ke masjid sedangkan saya pula duk melepak kat cafe ngan kengkawan.

Syukur alhamdulillah dipilih Allah melalui ujian ini. Dengan adanya HIV sekarang,  saya dah mula belajar dan menunaikan solat. Memohon dihapuskan dosa² yang telah lalu dan supaya saya dekat kepadanya. Sesunggunya Allah maha adil, mengetahui dan mengampuni dosa hamba²nya. Syukur alhamdulillah sekarang solat dah menjadi perkara yang saya jaga dan tak pernah tinggal walaupun godaan syaitan terus menerus mengganggu hidup ini.
Bacaan CD4 saya belum diketahui sehingga 19hb Jun ni, apa² pon saya berdoa mohon CD4 saya OK. Cuma sorang kawan saya dan doktor je tahu saya +ve. Sekarang, kes saya telah dirujuk ke hospital besar BSB. Saya menerima dugaan ini dengan hati yang tabah dan tenang. 

Buat Saudara AHP saya berterima kasih tidak terhingga kerana membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. 

Setiap hari saya akan membaca Blog Saudara AHP http://akuhivpositif.blogspot.com/. Semoga Saudara AHP sihat sentiasa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Saya akan terus sentiasa menyokong saudara AHP.