Pengikut

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya,maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yg d rahamati, bukan puasa yg sia-sia.


Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Dikau ampuni atau dosa yg menyebabkan daku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Yang Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan,kemaafan,kemurahan,pengampunan dan keredhaan mu. Sehingga Dikau memenang daku dengan segala kebaikan yg di tuntut, segala anugerah yg Dikau curahkan di bulan ini.


Selamatkan daku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian jua, dengan rahmat-Mu golongkan daku ke dalam orang2 yg mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yg telah Dikau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.


Semoga perpisahanku dengan Ramadan ini bukan lah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhirku. Moga daku dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejeteraan. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin






Wednesday, 17 July 2013

Setahun Berlalu 2012-2013

Assalamualaikum & Hi to all readers ☺

Ampun beribu ampun kengkawan yg senasib dah berhabuk blog ni lama x update.. Hehehe.. Busy ngan keje as well as other activities.. Cuma hari ni je terfikir & rindu sangat² nak buat karangan (mcm back to school plak ekk ☺).. 


Selesa, 14hb Mei 2013 (dah lapuk lahhhh, hehe..) yang lalu temujanji dgn doktor mengetahui bacaan CD4 dan kiraan VL terkini. Syukur kehadrat illahi keputusan CD4 saya 2 kali ganda dari sebelumnya dan VL plak "un-detectable".. Ku berserah kepadamu Ya Allah semoga semuanya dalam keadaan baik² sahaja.. 

To all kengkawan yang senasib, saya doakan kalian semua dalam keadaan sihat walafiat amin ya rabb.. Apa² pun semua belum berakhir.

Akhir sekali selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima Allah SWT.

Chowww ♥♥♥♥









Friday, 1 March 2013

Friday, 28 September 2012

Im Back

Assalamualaikum, Salam Sejahtera ☺

Sorry kengkawan dah lama tak update story nor info² semasa hihi.. Hari ni saya nak tulis serba sedikit je lah ye.

Pada 25hb September lepas saya gi buat pemeriksaan darah which the outcome will be out in 2 to 3 weeks. Darah saya diterbangkan ke Singapura untuk mengetahui kiraan CD4 ngan viral load yg duk tinggal kat dalam badan saya ni. My next appointment will be dalam bulan Disember. Saya harapkan keputusan nanti tak mengecewakan inshallah ada perubahaan amin ya rab.

So far, saya takmo memikirkan virus ni ada kat dalam darah saya. Cos the more saya fikir dan ingatkan membuatkan diri saya tak bermood langsung. Tuk kengkawan yang senasib, please deh loh jangan stress ok. Fight for it... I know bukan mudah but you have too. Don't show to people nor seeking for sympathy. Kita mesti selalu ingat, tak ada satu penyakit yang tak leh di ubati melain kan sakit tua. Allah sentiasa akan menduga hamba² tak kira lah muda, kanak² dan sebagainya.

Live life too the fullest babe. 

Love you all ♥♥♥




Wednesday, 27 June 2012

Hospital Appointment

Assalamualaikum & Salam sejahtera..


Been awhile tak update my entry. Kesibukan kerja seharian membuatkan sy lupa, hihi.. Ni pun curi² gak log in kat sini ☺


Terus je ngan story sy ok. Pada 19hb Jun lepas appointment sy ngan pihak hospital RIPAS, BSB untuk mengetahui bacaan CD4 ngan VL sy. Appointment ngan doktor seawal pukul 8.30 pagi. Yg tak bestnye sy kene drive sorang². Saya memulakan perjalanan dari rumah kira² jam 6.30 menuju hospital yang mana perjalanan ni mengambil masa selama 1½ jam. Tepat jam 8.00 pagi sy sampai ke destinasi (hospital), 30 minit tu biasa lah kena cari tempat letak kereta. Keadaan kat hospital pagi tu dah mcm shopping komplek, ramai sangat manusia beratur ada yg menunggu giliran untuk mengambil ubat, menunggu giliran mengambil darah dan sebagainya. 


Sy terus melangkah masuk ke klinik PHY menuju pintu bilik doktor, tp sy di minta menunggu seketika kerana pada waktu tu doktor sedang berjumpa ngan other patient. So, kena lah tunggu kat luar. Sy ingat kene tggu sekejap je tp lpas 1st patient keluar, 2nd patient pulak kene panggil masuk.. Dah 2nd patient tu keluar baru lah assistant doktor call out my name & terus je sy masuk kedalam. Dah lah sy menunggu sejam lebih kat luar. Masuk je bilik doktor and terus duk mcm biasa lah, doktor memang dah faham sangat ngan sy ni. Doktor tanya gak kat sy kalau² sy unwell, sy jawab biasa je tak de pape. Sy tanya lah ngan doktor how is my blood result from Singapore hari tu. Teruslah doktor tu bukak file kat depan dia.. Awal tu doktor ckp i look OK but the result mengecawakan. CD4 count sy below 200 which is 130 je and Viral Load kat dalam darah sy ada 15,860 ekor kesemuanya.. Terkejut gak sy. Tak terfikir dah banyak tu dorang tinggal kat darah sy ni, hihi.. Doktor memaklumkan yg sy kena mula amik ubat mlm tu gak. Apa²pon sy redha dengan ketentuan illahi. Sy hadapi semua ni dengan senyuman & penuh kesabaran. Tak baik sedih² tau, ingat lah setiap penyakit adalah kehendak Allah SWT dan dialah yang memberi penawar sakit itu. 
Here i attach pic ubat yang sy kene makan hari² sebelum masuk tido.


1. Truvada (Blue) 
2. Stocrin (Yellow)
3. Co-Trimoxazole (White)

Mula² takut nak telan ubat² ni tau coz doktor explain kat sy yang ubat ni bleh menyebabkan nausea etc. Memang betul lah cakap doktor tu tak tipu. Mlm pertama tu sy telan ketiga² ubat ni, subuh hari nak bgun for solat subuh punya lah sakit bisa rasa kepala sy ni tak larat nak bangun. Mungkin ni lah end of hidup bisik sy dalam hati. Hanya Allah SWT je yg tau betapa menderitanya sy pg tu. Pg tu sy tak leh nak gi keje doktor beri MC for 2 hari. Doktor cakap sy kene tahan gak and lawan ubat tu hinggalah kehari ni hari ke 9 syukur alhamdulillah rasa pening² tu mula fade. Bekalan ubat diberikan untuk 3 bulan yooo.. Syukur alhamdulillah sy masih dapat berpuasa. Ubat ni sy kene makan sebelum tido ☺ tak leh lupa atau disengajakan. 

Next appointment will be on 25hb September (on my mom's birthday). So sampai sini je lah ye, sy akan update lagi inshallah if ada masa.

Sampai jumpa lagi.